Isteri Awie Dedah Dilarang Jumpa Anak, Masih Fobia
- Details
- Published on Wednesday, 16 July 2014 07:25
Isteri kepada penyanyi Rock Awie iaitu Rozana Misbun, 36, meluahkan rasa sedih dan rindunya kerana usaha untuk berjumpa anak kandung sendiri dihalang oleh suaminya.
Memetik laporan portal mStar online, Rozana yang membahasakan dirinya sebagai Ina berkata sudah sebulan dia idak berumpa dengan anak-anaknya.
“Ina rindukan anak-anak Ina… Sudah sebulan Ina tak jumpa mereka. Panggilan telefon juga tak dijawab.
"Sejak awal-awal lagi Awie telah ingatkan Ina agar tidak berebut anak. Ina buat keputusuan untuk tingggalkan rumah ketika anak-anak sedang tidur iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi. Ina bimbang kalau-kalau mereka terjaga, mereka pasti mahu ikut Ina kerana ia akan mengharu-birukan lagi keadaan rumah tangga Ina yang sedang tegang.
"Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berat hati Ina untuk melangkah keluar ketika anak-anak sedang lena dibuai mimpi. Hati Ina benar-benar sayu. Lillahi Taala, abang... Ina tak pernah berpisah dengan anak-anak walaupun sesaat.
"Tetapi Ina terpaksa meneruskan langkah keluar rumah untuk ke rumah ibu dalam keadaan sehelai sepinggang menaiki teksi kerana perasaan trauma yang menghantui jiwa Ina ,” jelas Rozana kepada portal tersebut.
Laporan uga menyebut, jelas terbayang pada wajah wanita itu akan trauma kehidupan rumah tangganya bersama Awie.
Namun, dia masih mampu untuk menyembuyikan kisah sebenar alam rumah tangganya malah turut mengelak untuk berkongsi rentetan peristiwa hitam, insiden kononnya dibelasah suami sendiri.
“Usahlah sentuh kisah Ina dipukul kerana ia sudah melibatkan pihak mahkamah. Cuma Ina ingin kongsi kisah sedih mengenai hati seorang ibu…” pintanya.
Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu.
Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Dalam pada itu Ina yang mengakui masih fobia dan trauma juga memberitahu, akibat dia dibelasah olehh Awie, tulang hidungnya retak dan masih lagi membengkak hingga kini. Keadaan itu juga menyebabkan hidung sebelah kanannya akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Menurut doktor, ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.
Manakala telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin dia akan pekak sebelah.