Nurul Ada Sebab Rahsiakan Nama Anak
Penyanyi Nurul Depp ada sebab mengapa selama ini beliau merahsiakan dulu nama bayi sulung hasil perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Perancis, Eric Depp. Bercakap kepada akhbar Kosmo!Nurul berkata, beliau terasa hati.
"Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu nak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya.
"Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang.
"Pernah saya terfikir untuk tutup semua kisah peribadi saya dan berkongsi pasal kerjaya sahaja tapi tidak adil untuk sesetengah peminat yang optimis dan mengikuti perkembangan saya selama ini.
"Saya tahu saya hak masyarakat dan sebab itu saya dahulukan dengan pengenalan serba sedikit sebelum berkongsi sepenuhnya mengenai anak saya", katanya.
Bayinya yang kini berusia 3 bulan itu diberi nama Zachary Depp. Kata Nurul, beliau memilih nama
nama Zachary, selepas menolak 19 buah nama lain yang disenaraikan olehnya dan suaminya sepanjang tempoh kehamilan.
nama Zachary, selepas menolak 19 buah nama lain yang disenaraikan olehnya dan suaminya sepanjang tempoh kehamilan.
Nurul, 36, telah mendirikan rumah tangga bersama Eric, 48, pada 6 Jun 2012. Dia sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan, Ayu Nazirah (15 tahun), hasil perkahwinan terdahulunya bersama penyanyi dan komposer, Ajai.