Translate

07 January 2014

Neelofa Kirimkan Bukti Melalui Instagram bahawa dia berada di Luar Negara Pada Tarikh Dia Didakwa Ditangkap Khalwat

Tunjuk Bukti, Neelofa Tepis Dakwaan Ditangkap Khalwat

..
Semalam menerusi Instagram, pelakon Neelofa mengirimkan bukti pembelian tiket penerbangan ke luar negara yang telah disahkan dan dibeli jauh lebih awal dari tarikh beliau didakwa ditangkap khalwat iaitu pada 26 Disember 2013.
“Untuk mereka yang menganggap yang kononnya saya lari selepas dituduh dengan fitnah kes khalwat pada 26 Disember 2013. Ini adalah receipt saya yang ada tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm,” tulis Neelofa.
Neelofa turut menepis dakwaan yang kononnya beliau terbang ke luar negara untuk melarikan diri selepas tangkapan khalwat beliau dan berkata kisah beliau mahu menyambung pelajaran sudah diketahui sejak Oktober lalu.
“Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dengan tuduhan yang tak masuk akal itu, pastinya saya tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan untuk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yang memang mengikuti perjalanan kerjaya saya, cerita tentang saya mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October” - tulisnya.
..




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED