Translate

15 January 2014

Mitsubishi Pajero bertembung Dengan Lori, merempuh pagar dan terhumban tiga meter ke laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan (8 Gambar)

KERETA TERHUMBAN KE LALUAN MOTOSIKAL SETINGGI 3 METER

Sembilan individu termasuk tujuh wanita dipercayai warga Indonesia cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero dinaiki mereka bertembung sebuah lori sebelum terbabas dan merempuh pagar Lebuhraya Persekutuan dan terhumban tiga meter ke laluan motosikal pada hari Isnin. 

Dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, kenderaan berkenaan yang dipandu seorang lelaki tempatan membawa seorang lelaki dan tujuh wanita yang dipercayai pekerja pencuci bangunan dari Pantai Dalam menghala ke ibu kota. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 6.58 pagi dan ketika jentera pertama diketuai Salmi Abd Mukti dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai tiba di lokasi kejadian, sembilan mangsa ditemui terperangkap dalam kenderaan berkenaan termasuk pemandu. 

Beliau berkata, ketika itu, kereta berkenaan sudah terbalik dan semua mangsa menjerit meminta tolong. 

“Kami dengan bantuan orang ramai mengeluarkan semua mangsa dengan selamat. Kebanyakan mangsa cedera pada muka, tangan dan kaki. 







JOSREVALUATION

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED