Hanez Suraya Akui Semakin Bahagia Sejak Bertemu Pengganti
- Details
- Published on Thursday, 23 January 2014 07:37
Pelakon Hanez Suraya mendedahkan yang dia kini sudah mempunyai kekasih hati. Sebelum ini, Hanez pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi, Awi Rafael, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.
“Ya, saya akui saya sedang bahagia sekarang. Kami hanya kawan sebelum ini, tetapi jarang bertemu. Kami berkenalan menerusi seorang kawan. Dia berusia dalam lingkungan 30-an.
"Saya tidak tahu pula yang dia menaruh hati dengan saya. Bermula sebagai kawan, lama kelamaan hubungan kami menjadi rapat. Kali ini lebih serius kerana saya mahu fikirkan mengenai masa hadapan,” ujar Hanez yang enggan mengulas lanjut mengenai identiti lelaki tersebut.
Tambah Hanez lagi dia menyenangi lelaki terbabit kerana dia merupakan seorang yang bertanggungjawab, memahami dan menyokong kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Dia seorang yang bertanggungjawab. Bukan hanya kepada saya, malahan keluarga saya. Dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon dan dia menyokong saya. Dia selalu mendorong saya untuk berjaya. Apa yang penting, dia bukan orang industri hiburan,” ujar Hanez lagi.
sumber : gua.com.my