Translate

26 December 2013

JOHAN ASAARI DAN LANA NORDIN PUTUS CINTA

Putus Cinta: Lana Tak Kecewa Dengan Keputusan Johan

..
Aktres Lana Nordin nampaknya tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka.
Memetik laporan portal berita semalam, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.
Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

“Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.
“…dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
“…saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.
Semalam dalam satu kenyataan, Johan menyatakan bahawa hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.
"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya.
Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.
"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 37 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 54 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'President Xi Jinping concludes three-day state vis' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 2 hrs 17 mins ago