Translate

26 December 2013

FASHA SANDA BUANG VIDEO DARIPADA INSTAGRAMNYA KERANA MAHU LINDUNGI NORA DANISH

Isu Video: Saya Buang Sebab Mahu Lindungi Nora - Fasha Sandha

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.
Sekitar minggu lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai.
Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh.
Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim.
Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fasha memuat naik video berkenaan.
Bercakap kepada akhbar Kosmo! Fasha berkata, beliau tidak kisah dengan komen-komen tersebut memandangkan kebanyakan komen ditujukan kepada Nora. Namun Fasha turut memberitahu dia telah pun memadamkan video tersebut.
"Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebaliknya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya.
"Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia.
Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya", katanya.

sumber : Kosmo!

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC DPP Ahmad Sazilee Abdul Khairy arrested by Po' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ruang pendidikan TVET terbuka luas untuk lepasan S' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib dilantik Yang Dipertua Negeri Pul' 3 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 20 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 5 hrs 23 mins ago