Translate

17 March 2025

RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka



RM8 juta peruntukan baik pulih 13 klinik kesihatan di Melaka

Bernama

17/03/2025


Hee Sem berkata kerja baik pulih itu, antaranya membabitkan KK Ujong Pasir dan KK Jalan Gereja, Banda Hilir. - Foto fail/Astro AWANI


MELAKA: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih di 13 Klinik Kesihatan (KK) di Melaka pada tahun ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata kerja baik pulih itu, antaranya membabitkan KK Ujong Pasir dan KK Jalan Gereja, Banda Hilir.

"Kita telah melawat kesemua KK itu dan melihat persekitaran serta fasiliti di situ perlu ditambah baik dalam tempoh terdekat untuk memastikan keselesaan pesakit yang menerima rawatan dan juga petugas," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian selepas Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Ramadan peringkat negeri anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Ngwe berkata pada masa kini projek itu di peringkat buka tender dan berharap proses berkenaan tidak mengambil masa lama memandangkan kerja baik pulih perlu dilakukan segera.

"Kita di pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) amat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan diberikan itu," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Central viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan' 21 mins ago
A visitor from Sandakan viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ainon Mohon Maaf Dakwa Nabi Amal Nepotisme | BEST ' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 45 mins ago