Translate

18 March 2025

Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif



Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan adab, bukan konotasi negatif

Bernama

18/03/2025


Muhammad Kamil berkata, Malaysia bukan negara autokratik yang boleh buat keputusan sesuka hati kerana setiap pindaan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen. - Gambar fail/keadilanrakyat.org


KUALA LUMPUR: Isu mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun perlu dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Menerusi perkongsian di platform X, beliau menyelar tindakan Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang berhujah dengan konotasi sangat negatif berhubung perkara itu dan hujah yang sangat lemah kononnya Perlembagaan Persekutuan sedang 'dirungkai' sesuka hati.

"Isu melibatkan had penggal Perdana Menteri ini adalah sesuatu yang boleh menghalang dominasi politik individu. Justeru, ia sepatutnya dirungkai dan dihujahkan dengan adab dan wibawa yang tinggi tapi beliau memilih untuk menjadi dangkal dan kosong nilai," katanya.

Beliau berkata, Pas juga semakin panik apabila demokrasi berjalan seperti sepatutnya di bawah kemudi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.

"Sekiranya ini tahap pemikiran yang mengemudi kaum pemuda dalam Pas hari ini, saya bimbang bagaimana pula tahap pemikiran di peringkat bawah dan jenis serta bentuk apakah kaum pemuda yang bakal terhasil pada masa hadapan dalam Pas melalui kepimpinan beliau (Afnan Hamimi).

"Mungkin Ketua Pemuda Pas perlu bertanya kepada diri sendiri, apakah Pas tidak bersetuju dengan had penggal Perdana Menteri kerana mereka sendiri mahu satu-satu pemimpin itu kekal selama-lamanya?" katanya.

Muhammad Kamil berkata, Malaysia bukan negara autokratik yang boleh buat keputusan sesuka hati kerana setiap pindaan memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, termasuk perbincangan terbuka dan perbahasan di Dewan Rakyat melibatkan pelbagai isu yang dekat dengan rakyat.

Selain itu, beliau berkata, tindakan pihak berkenaan untuk tidak mendukung pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025 yang bertujuan memperkuat serta membebaskan institusi Parlimen daripada cengkaman eksekutif baru-baru ini adalah bukti nyata bahawa PAS tidak serius dan benar-benar menggarap prinsip demokrasi di negara ini.

"Di sini pentingnya kestabilan politik dan jangan mudah tergelincir serta leka dengan kilauan kedudukan dan kuasa sehingga mengabaikan tuntutan sebuah negara demokratik.

"Rakyat sudah saksikan betapa kerakusan kuasa menjadi pedoman mereka daripada mengusulkan perubahan dalam sistem selama 33 bulan mereka di tampuk kuasa satu ketika dahulu," katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran di Facebook, Afnan Hamimi mendakwa, satu demi satu Perlembagaan Persekutuan sedang dirungkai dan diubah mengikut 'selera nafsu' dan kehendak kerajaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 41 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 6 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 6 hrs 29 mins ago