Translate

03 March 2025

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama

03/03/2025


Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam dagangan berhati-hati menjelang pelaksanaan tarif import oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas Kanada, Mexico dan China.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Tarif sebanyak 25 peratus ke atas Kanada dan Mexico dijadualkan berkuat kuasa pada Selasa manakala tarif 10 peratus ke atas China dijangka dikuatkuasakan pada 4 Mac.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) keseluruhan dan teras, yang merupakan ukuran inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed), masing-masing susut kepada 2.5 peratus dan 2.6 peratus pada Januari 2025, menunjukkan dasar monetari yang ketat adalah perlu untuk mengawal risiko inflasi yang tinggi.

"Selain itu, Fed dijangka mengekalkan kadar faedah pada paras stabil sehingga mereka yakin bahawa kadar inflasi akan bergerak ke arah sasaran dua peratus," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9564/9605 daripada 2.9682/9717 pada Jumaat lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada 5.6185/6255 daripada 5.6174/6237 dan susut berbanding euro kepada 4.6423/6481 daripada 4.6362/6414 sebelum ini.

Sebaliknya, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3036/3081 daripada 3.3069/3108 pada Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 13.0242/0498 daripada 13.0455/0670 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 268.6/269.1 daripada 268.7/269.1.

Bagaimanapun, ringgit mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.70.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 16 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 54 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 26 mins ago