Translate

17 March 2025

Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang



Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang

Bernama

16/03/2025


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada program Ziarah Santun Asatizah Duat Al-Falah di Pondok Bukit Jagung, pendang. - Foto BERNAMA


KUALA TERENGGANU: Orang ramai digesa membuat laporan polis sekiranya mengetahui tentang mana-mana agamawan atau guru agama yang melakukan jenayah atau bertindak melanggar undang-undang bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga untuk membolehkan penggantungan atau penarikan semula tauliah mereka sekiranya disabitkan bersalah atas sesuatu jenayah.

"Sekiranya golongan ini menyalahgunakan ilmu dan kepercayaan masyarakat ... kalau timbul isu jenayah dan sebagainya saya harap masyarakat buat laporan. Saya percaya polis akan jalankan siasatan secara adil.

"Sudah tentu (tauliah) wajar digantung kalau didapati bersalah. Sebab itu saya harap masyarakat buat laporan sebab kita nak sabitkan ... kalau nak tarik (tauliah) tanpa sabitan ia sukar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden seorang agamawan atau guru yang terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Na'im sekali lagi menyeru agar produksi dan pengamal media untuk mematuhi Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan pada 2015.

"Tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah mendidik dan mengeluarkan garis panduan. Ia (garis panduan) diserahkan kepada pengamal dan produksi media untuk difahami bahawa bila nak buat drama, ada garis panduan yang perlu dipatuhi.

"Di pihak JAKIM dan agensi agama kita sentiasa berhubung. Kalau ada pelanggaran, JAKIM akan bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk memberikan maklumat," katanya sebagai mengulas kontroversi drama bersiri 'Bidaah' yang sedang hangat diperkatakan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 39 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 52 mins ago