Translate

17 March 2025

Ahli sains China bangunkan alat AI ramal kekerapan kanser hati berulang



Ahli sains China bangunkan alat AI ramal kekerapan kanser hati berulang

Bernama

17/03/2025


Kanser hati merupakan punca ketiga utama kematian berkaitan kanser di dunia. - Gambar hiasan


HEFEI: Sekumpulan penyelidik China telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) yang mampu meramal risiko kanser hati berulang dengan ketepatan 82.2 peratus, menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Nature, lapor Xinhua.

Kanser hati merupakan punca ketiga utama kematian berkaitan kanser di dunia, dengan kadar berulang pasca pembedahan setinggi 70 peratus. Meramalkan berulangnya kanser ini, menjadi cabaran utama dalam bidang perubatan.

Diketuai Sun Cheng daripada Universiti Sains dan Teknologi China, pasukan penyelidik membangunkan sistem pemarkahan TIMES, yang mengukur corak pengagihan spatial sel imun dalam persekitaran mikro tumor bagi menilai kemungkinan kanser berulang. TIMES merupakan alat pertama di dunia yang mengintegrasikan data imun spatial untuk meramal kekerapan kanser hati berulang.

Kajian itu menunjukkan bahawa organisasi spatial sel imun, bukan sekadar bilangannya, menentukan hasil klinikal. Dengan menggabungkan transkriptomik spatial, proteomik, "multispectral immunohistochemistry" dan analisis spatial berasaskan AI, pasukan penyelidik membangunkan kaedah baharu untuk menilai persekitaran mikro tumor. Sistem itu dilatih menggunakan sampel tisu kanser hati daripada 61 pesakit.

Para penyelidik juga telah membuka akses kepada versi dalam talian TIMES secara percuma, membolehkan pengguna di seluruh dunia memuat naik imej pewarnaan patologi untuk mendapatkan penilaian risiko segera.

Sun berkata pasukannya berhasrat menjadikan TIMES sebagai alat perubatan inovatif yang membantu doktor mengoptimumkan rawatan secara peribadi, terutama di kawasan dengan sumber terhad. Mereka kini bekerjasama dengan rakan industri bagi menstandardkan aplikasi klinikal sistem itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Alleged gang members deported from US arrive in El' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 10 mins ago
A visitor from Central viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan' 32 mins ago
A visitor from Sandakan viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Keputusan pemilihan CEC DAP tidak ada kaitan kedud' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Ainon setuju turunkan hantaran hina nabi, sedia mo' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 46 mins ago