Translate

06 February 2025

SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL



SPRM sedang teliti dokumen dakwaan salah laku ahli lembaga DBKL

Bernama

06/02/2025


SPRM sedang meneliti dokumen berkaitan dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta, kata Azam. - Gambar fail Bernama


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti dokumen berkaitan dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan pihak DBKL.

"Dokumen itu sudah pasti berhubung dengan mesyuarat dan sebagainya. SPRM sedang mengkaji maklumat ini untuk melihat kepada dua isu sahaja iaitu sama ada berlaku isu jenayah di bawah akta kami iaitu Akta SPRM 2009 dan isu tadbir urus.

"Kami mendapat kerjasama baik daripada DBKL khususnya Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang telah bekalkan dokumen kepada kami," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Azam berkata, siasatan akan dijalankan berdasarkan maklumat yang diterima dan pihaknya akan memberikan perkembangan terkini selewat-lewatnya Isnin ini sekiranya berlaku isu jenayah atau salah laku tatakelola.

"Saya telah mengarahkan Bahagian Penyiasatan Tatakelola untuk memulakan penyiasatan. Saya beri jaminan kalau berlaku kedua-dua unsur ini (jenayah dan tatakelola) kami akan menjalankan siasatan segera," katanya.

Menurut Azam, setakat ini SPRM belum membuka kertas siasatan dan tidak memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi masa kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman dan telah menempatkan pegawai SPRM di DBKL sejak tahun lepas.

Sebelum ini media melaporkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang juga penerbit dan pengarah filem dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Dakwaan membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL tidak diberikan melalui tender terbuka. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 48 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 1 hr 35 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Abang Belon’ Mungkin Patah Tulang | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan anggota tentera 'tumbuk' pe' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan lima kend' 2 hrs 12 mins ago