Translate

06 February 2025

Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'



Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'

Bernama

06/02/2025


Suspek yang menyamar sebagai wakil ibu pejabat KKM Putrajaya mendakwa mangsa telah mengambil ubat secara berlebihan pada November lepas.- Gambar hiasan


KUANTAN: Seorang pesara kerugian lebih RM220,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan (KKM) dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 58 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai wakil ibu pejabat KKM Putrajaya dan mendakwa mangsa telah mengambil ubat secara berlebihan pada November lepas.

Beliau berkata suspek kemudiannya mendakwa siasatan polis akan dibuat terhadap mangsa dan panggilan itu disambungkan kepada pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Hakim yang memaklumkan kononnya mangsa terlibat dalam dua kegiatan jenayah.

"Suspek meminta mangsa untuk memindahkan kesemua wang simpanan dalam satu akaun bagi tujuan audit dan siasatan serta mengarahkannya memasukkan kad ATM miliknya ke dalam satu kotak kecil yang diletakkan di atas tong sampah berhadapan kedai serbaneka di Pekan, kononnya pihak polis akan ambil kad ATM tersebut.

"Mangsa hanya menyedari ditipu semalam selepas pergi ke bank dan mendapati sebanyak 85 transaksi pemindahan wang keluar daripada akaun tersebut dengan jumlah RM229,606.11. Wang adalah simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya turut menasihati orang ramai agar membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi, katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 5 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Traders Hotel Kuala Lumpur Serves One of the Best ' 7 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 7 hrs 34 mins ago
A visitor from Volgograd viewed 'Tukang Masak Mengaku Tidak Bersalah Rogol Jiran Be' 7 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 10 hrs 17 mins ago
A visitor from Perth viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 10 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 10 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Top Gun" and "Batman" star Val Kilmer dies | BEST' 11 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Malaysia's first female Chief Justice Datuk Tengku' 11 hrs 16 mins ago