Translate

23 February 2025

SPRM bersihkan nama Afdlin Shauki



SPRM bersihkan nama Afdlin Shauki

SUARA KEADILAN

5 days ago



Cubaan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan nama Datuk Afdlin Shauki dalam dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta adalah untuk mencemarkan nama baiknya.

Demikian kata pelakon dan pengarah berusia 54 tahun itu selepas namanya terpalit dengan dakwaan tersebut baru-baru ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek DBKL yang dikaitkan dengan Afdlin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesimpulan itu dicapai selepas pihaknya menyemak dokumen berkaitan yang disediakan oleh pihak DBKL.

"Bagaimanapun, SPRM mendapati ada beberapa kelemahan dalam garis panduan tadbir urus DBKL yang perlu diperbaiki," katanya dipetik.

Sejak Januari lalu, tular di media sosial Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terbabit dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit.

Dalam satu kenyataan, Pengarah filem Baik Punya Cilok itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 2 hrs 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 9 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 4 hrs 11 mins ago