Translate

23 February 2025

3 anggota polis dirakam keterangan susulan dakwaan pemerasan



3 anggota polis dirakam keterangan susulan dakwaan pemerasan

BULETIN TV3

23 Februari 2025

Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Polis merakam keterangan tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya susulan dakwaan membuat serbuan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara di sini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan tiga anggota yang terlibat dalam serbuan itu.

“Kita membuka siasatan di bawah tatatertib. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

19 Februari lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan anggotanya membuat serbuan tidak mengikut SOP serta melakukan pemerasan ketika Ops Tapis, di Damansara di sini, tahun lalu.

Shahrulnizam dilaporkan berkata, pihaknya mengesan satu kenyataan dan video tular melalui aplikasi media sosial Facebook (FB) pada jam 1 tengah hari.

Beliau dilaporkan berkata, kandungan berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun memaparkan video serbuan dilakukan oleh empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Polis mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya di Pelangi Damansara.

“Kejadian video tular itu berlaku pada 10 Oktober 2024 ketika melakukan Ops Tapis di kawasan Damansara,” katanya.

Sebelum ini, tular kenyataan oleh pemilik akaun FB mendakwa diperas ugut empat anggota polis yang datang ke kediamannya dan bertindak memecahkan kamera litar tertutup (CCTV) serta melakukan pemerasan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Arah Pembinaan Kuil Dihentikan | BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 40 mins ago
A visitor from Hessen viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PTPTN terus bantu peminjam selesai hutang melalui ' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago