Translate

24 February 2025

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang



Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang

Bernama

24/02/2025


Kemalangan berlaku awal pagi tadi melibatkan sebuah Honda Jazz yang terbabas di tepi jalan, dinaiki tiga lelaki berusia 18 tahun, dekat Kampung Jalan Pulai Chondong, Machang. - Foto JPBM Kelantan


KOTA BHARU: Seorang remaja maut, manakala dua lagi rakannya terselamat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas di tepi jalan dekat Kampung Jalan Pulai Chondong di Machang, awal pagi tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazri Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan di lokasi kejadian dengan jarak 16 kilometer, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Honda Jazz, terbabas di tepi jalan yang dinaiki tiga lelaki dan kesemua mereka berusia 18 tahun.

"Bagaimanapun, dua mangsa telah keluar sendiri dengan selamat, manakala seorang lagi mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang dan diserahkan kepada pihak polis untuk proses selanjutnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 8 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tafsiran kuota kerusi Parlimen, pelantar ben' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 19 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 39 mins ago