Translate

13 February 2025

Pemandu lori maut dalam kemalangan disyaki mengalami serangan jantung



Pemandu lori maut dalam kemalangan disyaki mengalami serangan jantung

Bernama

13/02/2025


Zulkipli (gambar) berkata, akibat kemalangan itu, pemandu lori ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam lori dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sibu di lokasi kejadian. - Gambar fail/IPD Sibu


SIBU: Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit jantung ketika memandu yang menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tun Zaidi Adruce semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata kemalangan itu berlaku pada pukul 11.36 pagi ketika kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berhenti semasa lampu isyarat merah di persimpangan berkenaan.

"Semasa berhenti di situ, kenderaannya kemudian telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun, yang disyaki mengalami serangan sakit jantung," katanya dalam kenyataan.

Katanya, akibat kemalangan itu, pemandu lori berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam lori dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik Hospital Sibu yang tiba di lokasi kejadian.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED