Translate

13 February 2025

Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin



Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Jasin

Bernama

13/02/2025


Lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di Melaka awal pagi ini. - Foto JBPM Melaka


JASIN: Lima sekeluarga termasuk empat kanak-kanak maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 1.40 pagi tadi sebelum 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu bergegas ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, rumah separuh kekal berkeluasan 20x60 kaki persegi itu telah pun 80 peratus terbakar.

"Siasatan awal menemukan lima mayat iaitu seorang lelaki dewasa dan empat kanak-kanak manakala seorang lelaki dewasa terselamat," menurut kenyataan itu.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED