Translate

25 February 2025

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly



KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly

Astro Awani

25/02/2025


Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada sesi jawab lisan ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut berkata, antara tahun 2020 hingga 2024, KKM telah membuat pengambilan seramai 19,934 jururawat lantikan tetap dan kontrak.

“Kita berdepan dengan kekurangan jururawat, ini bukan yang saya terpaksa akui, ia adalah fenomena global.

“Bukan nak mengambil keselesaan dengan menimbulkan perkara itu, tetapi sebenar-benarnya kita berdepan dengan global shortage of jururawat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KKM di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau, jumlah ini adalah jauh lebih tinggi berbanding bilangan peletakan jawatan jururawat terkumpul bagi tempoh yang sama iaitu seramai 2,141 orang.

Daripada jumlah tersebut, seramai 5,100 atau 47.8 peratus adalah pelatih program Diploma Kejururawatan yang meliputi seramai 4,367 jururawat pelatih dan 733 jururawat masyarakat (peralihan).

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'CEO GISBH Dan 12 Lagi Kekal Dalam Penjara Sehingga' 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Persekutuan Tolak Bantahan Awal Najib | B' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 8 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 18 mins ago
A visitor from Cagayan de oro viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 28 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 37 mins ago
A visitor from Seremban viewed 'Benda dah viraI tunggu kena kutip je | BEST FBKL' 40 mins ago
A visitor from Nevada viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 42 mins ago
A visitor from Yogyakarta viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Supporters of Former President Rodrigo Duterte gat' 1 hr 21 mins ago