Translate

25 February 2025

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun



Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun

Bernama

25/02/2025


Nik Mohd Shalahuddin dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah menyokong dan miliki bahan berkaitan pengganas Daish. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish, tahun lepas.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara masing-masing lima tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua dihadapi Nik Mohd Shalahuddin Zakaria, 41, manakala 15 tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat, serta memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 23 Jun tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Nik Mohd Shalahuddin didakwa memiliki 1,398 keping gambar, 62 buah video dan 565 artikel dalam bentuk PDF dalam dua buah telefon bimbit, yang merupakan barang yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas Daish di Kampung Senang, Kota Jembal, Kota Bharu, Kelantan pada 9.15 pagi, 10 Jun tahun lepas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah dirampas.

Nik Mohd Shalahuddin yang sebelum ini bekerja sebagai pekebun turut didakwa mengaku keahlian kumpulan pengganas dengan cara melakukan upacara baiah dengan pemimpinnya Abu Hafs AL Hashimi Al-Qurashi sebagai khalifah, untuk memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu di tempat dan tarikh sama.

Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish dengan cara menggunakan aplikasi media sosial Facebook atas nama Ahmad Saif Al-Islam II pada 10 Jun tahun lepas dan pautan itu dilihat di Pejabat Bahagian E8M, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada tarikh serupa.

Pertuduhan bagi kedua-dua kesalahan itu mengikut Perenggan 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun atau denda dan harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu hendaklah dirampas.

Pada prosiding hari ini, Nik Mohd Shalahuddin yang tidak diwakili peguam memaklumkan dia tidak ingin membuat sebarang rayuan mengenai hukuman yang akan dijatuhkan.

"Tiada apa yang saya ingin katakan mengenai hukuman dan saya takkan merayu apa-apa sama ada hari ini atau selepas ini. Saya tidak minta simpati dan saya akan bersabar dengan ujian ini," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengikut peruntukan undang-undang dan trend kesalahan sama, selain mengambil kira faktor tertuduh yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun pada 2019 atas kesalahan serupa di bawah Seksyen 130JB (1) Kanun Keseksaan.

"Isu keganasan merupakan isu hangat membabitkan keselamatan negara dan ini jelas terbukti melalui insiden serangan pengganas di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. Penangkapan tertuduh adalah hasil tindakan susulan pihak polis yang giat mengesan semula ahli kumpulan pengganas di seluruh negara.

"Memandangkan kesalahan ini melibatkan ancaman keselamatan yang serius, pihak pendakwaan memohon agar hukuman sesuai dikenakan mengambil kira rekod kesalahan lampau tertuduh," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 16 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'RAMADAN " BUKA PUASA " BUFFET OFFERS 2013 - E - FL' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM arah NACSA, MKN bekerjasama rap' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas pekerja restoran mengaku tidak bersalah soko' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Sumbangan Asas Rahmah diperluas kepada 5.4 juta pe' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sembilan ahli kongsi gelap direman bantu kes lelak' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lelaki OKU tu' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bekas kontraktor dipenjara 30 tahun bunuh isteri |' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pensyarah didakwa lakukan s**s guna objek, persetu' 1 hr 30 mins ago