Translate

24 February 2025

Bursa Malaysia dibuka rendah



Bursa Malaysia dibuka rendah

Bernama

24/02/2025


Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.94 mata kepada 1,581.09 daripada 1,591.03 pada Jumaat lepas. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street berikutan peniaga menilai kumpulan data terkini yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.94 mata kepada 1,581.09 daripada 1,591.03 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 4.64 mata kepada 1,586.39.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 252 berbanding 74, dengan 266 kaunter tidak berubah, 1,761 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 180.28 juta saham bernilai RM76.11 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pengguna yang rendah, tekanan inflasi dan penurunan jualan rumah telah menyebabkan peniaga mencari aset lebih selamat.

"Dalam negara, FBM KLCI ditutup melebihi paras 1,590 pada Jumaat lepas berikutan kami percaya dana asing akhirnya kembali berdasarkan prestasi serantau yang positif," katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat lepas, indeks serantau utama diniagakan positif dengan Indeks Hang Seng (HSI) melonjak 3.99 peratus untuk ditutup kepada 23,477.92, Indeks Komposit Shanghai (SHCOMP) naik 0.85 peratus untuk ditutup kepada 3,379.11 dan Nikkei 225 meningkat 0.26 peratus untuk ditutup kepada 38,776.94.

Thong menjangka pemindahan dana daripada ekuiti AS ke Asia berikutan nisbah risiko atau ganjaran yang lebih baik.

Oleh itu, beliau menjangka indeks FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,590 hingga 1,600 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot empat sen kepada RM10.46, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.45 dan Tenaga Nasional susut 14 sen kepada RM13.84.

CIMB menambah empat sen kepada RM8.40 dan IHH Healthcare mendatar pada RM7.26.

Dalam saham aktif, Ingenieur Gudang, Elridge Energy dan Aizo, masing-masing mendatar pada lima sen, 47 sen dan lapan sen.

Sementara itu, Harvest Miracle Capital naik setengah sen kepada 13.5 sen dan Oriental Kopi merosot tiga sen kepada 80 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 70.04 mata kepada 11,921.63, Indeks FBMT 100 susut 70.68 mata kepada 11,654.55, Indeks FBM Emas Shariah merosot 84.70 mata kepada 11,632.21, Indeks FBM 70 turun 94.83 mata kepada 17,310.03 dan Indeks FBM ACE merosot 10.75 mata kepada 4,910.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 52.19 mata kepada 19,265.84, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.56 mata kepada 163.49, Indeks Perladangan susut 27.25 mata kepada 7,431.07 dan Indeks Tenaga turun 3.81 mata kepada 781.95.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angka' 21 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerab' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM | ' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops probing crypto investment scam involving RM41' 11 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan' 18 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Five questioned over Zayn Rayyan video upload on s' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Washington viewed 'CTOS ajak rakyat Malaysia periksa skor kredit dala' 25 mins ago