Translate

26 February 2025

Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri



Ahli perniagaan didakwa bunuh isteri

Bernama

26/02/2025


Tertuduh didakwa membunuh isterinya di sebuah rumah di Taman Bukit Palma, Sungai Long, antara 3.30 pagi hingga 5.19 pagi pada 21 Feb lepas. - Gambar hiasan


KAJANG: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Sungai Long, dekat sini, minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tan Hee Heng, 66, berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Lee Lai Peng, 63, di sebuah rumah di Taman Bukit Palma, Sungai Long, antara 3.30 pagi hingga 5.19 pagi pada 21 Feb lepas.

Justeru, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Hafzan Ab Aziz menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ain Mohd Sabirin, manakala tertuduh diwakili peguam Y.S. Ling.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut daripada anak lelaki mangsa berusia 35 tahun yang memaklumkan bapanya yang berusia 65 tahun cuba membunuh diri dengan mengelar tangan menggunakan pisau selepas dipercayai membunuh ibunya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 3 hrs 14 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 3 hrs 20 mins ago