Translate

27 November 2024

Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan



Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan

Bernama

27/11/2024


Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Syarifuddin Agussalim, 34. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan anak kandungnya dengan menikam mereka menggunakan pisau.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Syarifuddin Agussalim, 34, dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Julai.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nur Zalikha Idam, 33, dan anak lelakinya berusia enam tahun dengan menggunakan dua pisau di belakang bangunan sebuah kedai serbaneka di Hulu Langat di sini, pada 6 petang, 27 Julai.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada orang kena tikam di bahagian tangan dan siasatan lanjut mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan tertuduh, kerana tertuduh tidak mahu bercerai dengan mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius, yang mana tertuduh menggunakan pisau untuk mencederakan isteri dan anak kandungnya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 5 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 47 mins ago