Translate

30 November 2024

Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaan dinaiki air lebih tiga meter



Lebih 400 kucing jalanan mungkin mati, pusat jagaan dinaiki air lebih tiga meter

BERNAMA

29-11- 2024



KOTA BHARU: Pengusaha pusat jagaan kucing di Kampung Kubang Terap, Pasir Mas bimbang dengan keadaan lebih 400 kucing jalanan yang dijaga di pusat itu, selepas beliau bersama petugasnya sudah dua hari tidak dapat menjenguk keadaan kucing berkenaan disebabkan banjir.

Aelyusmida Awang, 27, berkata sudah dua hari beliau dan petugas lain tidak dapat mengunjungi pusat jagaan itu kerana masing-masing turut menjadi mangsa banjir, dan bangunan pusat jagaan itu pula dinaiki air lebih dua meter.

“Dua hari lepas paras air dalam bangunan sudah sampai ke dada. Oleh kerana paras air semakin meningkat dan bimbang keselamatan kucing, kami telah pecahkan sebahagian siling bangunan supaya kucing dapat berlindung di bahagian itu,“ katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mereka tidak dapat memindahkan semua kucing kerana ketika itu paras air naik dengan cepat dan mereka perlu segera keluar dari kawasan itu, namun mereka sempat membekalkan makanan kepada kucing berkenaan, bagaimanapun selepas dua hari makananan itu mungkin sudah habis.

“Kami merancang untuk ke sana hari ini bagi memecahkan bumbung bangunan supaya kucing dapat naik ke tempat lebih tinggi, tetapi dimaklumkan laluan masuk ke pusat jagaan dinaiki air dan hanya boleh dilalui dengan menggunakan bot,“ katanya.

Aelyusmida berkata pusat jagaan kucing itu dibuka pada bulan Februari lepas menempatkan lebih 400 kucing jalanan yang ditangkap pihak berkuasa tempatan sekitar Pasir Mas, dan bagi menjaga kebajikan haiwan itu beliau bersama lima rakannya yang lain memutuskan untuk mewujudkan pusat jagaan berkenaan di atas sebidang tanah wakaf.

“Kita harap ada yang tampil membantu menyelamatkan kucing-kucing ini kerana jika banjir makin serius kemungkinan kucing itu akan dihanyutkan arus, atau mati,“ katanya.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Arrives i' 3 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 17 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Confirm Buka Tudung Tayang Buah, Zarina Anjoulie N' 19 mins ago
A visitor from Maryland viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 26 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 26 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 35 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 39 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 55 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 55 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 56 mins ago