Translate

28 November 2024

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir



PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir

Bernama

28/11/2024


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program di Tasik Kenyir, Terengganu, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir. -Facebook


KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program di Tasik Kenyir, Terengganu, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu, mengambil kira situasi banjir yang semakin meruncing di negeri tersebut.

Setakat 4 petang tadi, Terengganu mencatatkan 14,111 mangsa banjir daripada 4,113 keluarga, melibatkan tujuh daerah. Banjir juga melanda Kelantan, Kedah, Perlis, Perak, dan Johor.




Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen setelah beliau selesai menghadiri sesi soal jawab hari ini.

"Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhkan dahulu rencana itu.

"Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar

Anwar turut mendoakan agar mangsa banjir di semua negeri yang terlibat terus tabah dalam mendepani musibah itu.

Setakat 4 petang tadi, seramai 14,111 mangsa daripada 4,113 keluarga direkodkan di Terengganu melibatkan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Nerus.

Selain Terengganu, banjir juga melanda Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 43 mins ago
A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 5 hrs 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 5 hrs 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 6 hrs ago