Translate

30 November 2024

Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis



Paus Orca guna teknik buruan baharu bunuh jerung paus, kata saintis

Bernama

29/11/2024


Erick Higuera Rivas menjelaskan, Orca menggunakan teknik pemburuan kerjasama canggih, dengan khusus menyasarkan bahagian pelvik jerung paus. - Gambar Adobe Stock Image


MEXICO CITY: Sekumpulan paus pembunuh atau Orca di perairan Mexico mungkin mengembangkan teknik pemburuan baharu untuk memburu jerung paus, ikan terbesar di dunia, lapor agensi berita Jerman (dpa) berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Marine Science pada Jumaat.

Ahli biologi marin Erick Higuera Rivas, penulis utama kajian itu menjelaskan dalam satu kenyataan, Orca menggunakan teknik pemburuan kerjasama canggih, dengan khusus menyasarkan bahagian pelvik jerung paus.

Taktik ini menyebabkan jerung mengalami pendarahan sekali gus membolehkan orca mendapatkan akses kepada hati jerung yang kaya dengan nutrien, katanya.

Ini merupakan kali pertama serangan seperti itu didokumenkan secara terperinci.

Jerung paus atau Rhincodon typus, boleh membesar sehingga 20 meter panjang dan seberat 34 tan. Ia mampu hidup sehingga 100 tahun.

Menurut yayasan alam sekitar WWF, kulit tebal jerung paus, yang boleh mencapai sehingga 15 sentimeter, berkemungkinan merupakan yang paling tebal antara semua makhluk hidup.

Jerung paus yang lebih muda dan kecil, biasanya sepanjang tiga hingga tujuh meter, sering ditemukan di perairan Mexico dan kadangkala menjadi mangsa orca.

Para penyelidik meneliti empat serangan antara 2018 hingga 2024 di pelbagai lokasi di Teluk California, dengan mengenal pasti orca secara individu melalui sirip dorsal dan parut mereka. Seekor orca yang dinamakan Moctezuma, sempena nama pemerintah Aztec, terlibat dalam tiga daripada serangan itu.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 3 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 3 hrs 40 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 4 hrs 4 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 4 hrs 14 mins ago