Translate

28 November 2024

SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki



SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki

Astro Awani

28/11/2024


Azam menjangkakan, keputusan pasukan pendakwaan itu akan diketahui dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.

Siasatan berkenaan itu berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Beliau menjangkakan, keputusan pasukan pendakwaan akan diketahui dalam masa terdekat.

"Kita sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang, FashionValet.

"Kita jangkakan keputusan berhubung siasatan ini akan diperolehi dalam masa yang terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Siasatan ke atas pasangan itu adalah susulan pendedahan Kementerian Kewangan bahawa Khazanah dan PNB hanya memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Susulan itu, kediaman pasangan suami isteri di Mont Kiara, di sini diserbu dan SPRM menyita beberapa barangan termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

SPRM turut bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pasangan itu yang bernilai kira-kira RM1.1 juta.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 6 hrs 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 7 hrs 30 mins ago