Translate

28 November 2024

Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024



Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024

Bernama

28/11/2024


Menurut Kementerian Pendidikan, permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.



KUALA LUMPUR: Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.

Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my .

Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.

"Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM," menurut kenyataan itu.


 - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 42 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sad that the legendary team won't be there next ye' 1 hr 12 mins ago