Translate

30 November 2024

Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid



Banjir Kelantan: Sembilan balai polis terjejas - Ahmad Zahid

Bernama

29/11/2024


Keadaan Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air. - Gambar/ IPD Rantau Panjang


KOTA BAHRU: Tahap keselamatan di Kelantan tidak terkesan dan tetap diutamakan meskipun sembilan balai polis di Pasir Mas dan Tumpat terjejas akibat banjir, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kesemua pegawai dan anggota polis terlibat telah dipindahkan ke kawasan yang lebih memerlukan khidmat mereka.

"Peranan anggota berkenaan akan digantikan dengan penugasan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan tentera di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Tapang, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

"Kita juga telah menggerakkan aset antaranya trak-trak tentera dengan kapasiti berat tanpa muatan tiga tan dan lima tan dan kita sedang atur gerak trak yang lebih besar dengan kapasiti tujuh tan.

"Kita turut memobilisasikan aset kendalian PDRM, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam malah persatuan nelayan juga telah menawarkan khidmat untuk mengatur gerak bot nelayan bagi kawasan pedalaman," katanya yang tiba di PPS itu pada 4.30 petang.

Beliau berkata bagi kawasan Rantau Panjang yang teruk dilanda banjir tahun ini, perbincangan telah diadakan dengan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz bagi koordinasi aset dan bantuan termasuk oleh sukarelawan.

"Jajahan yang paling ramai mangsa setakat ini ialah Pasir Mas iaitu lokasi terletaknya Rantau Panjang, diikuti Tumpat dan Kota Bharu.

"Nasihat saya selain bersabar, kita memohon kepada Allah agar semua urusan dipermudahkan dan insya-Allah bantuan tetap akan sampai ke kawasan-kawasan yang terpencil sekali pun," katanya.

Ahmad Zahid seterusnya meluangkan masa kira-kira 10 minit melawat 333 mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sering, di sini, hari ini.

Kedatangan beliau disambut mesra penduduk yang kebanyakannya tidak menyangka akan menerima kunjungan pemimpin utama negara itu.

Selain mendengar taklimat ringkas daripada petugas di PPS, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut beramah mesra dan bertanya khabar beberapa mangsa banjir

Che Meshah Isa, 68, antara yang disapa TPM meluahkan rasa syukur dan gembira dapat bertemu dan beramah mesra dengan beliau.

"Alhamdulillah, TPM sempat singgah di khemah saya bertanyakan khabar tentang kesihatan dan makan minum saya di PPS ini. Biasanya tengok TPM kat televisyen, rasa macam tidak percaya dapat bercakap dan bersemuka dengan beliau hari ini," katanya.


- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 10 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 25 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'CCTV rakam 'mangsa dalam longkang, saksi berlari' ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir tahniah ' 2 hrs 23 mins ago
A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 7 hrs 38 mins ago