Translate

27 November 2024

Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School



Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School

Bernama

27/11/2024


Nicol berkata bahawa beliau berharap ini adalah permulaan kepada banyak pencapaian akademik dalam laluan baharunya.



KUALA LUMPUR: Legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David hari ini berkongsi rasa bangga dan gembira, apabila berjaya menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."

Nicol berkata selama bertahun-tahun beliau merasakan tidak akan dapat mengakses bentuk pendidikan seperti ini atau berjaya mencapainya, setelah mengabdikan seluruh kehidupan profesionalnya di dalam gelanggang skuasy dan tidak hadir ke universiti demi memberikan tumpuan 100 peratus dalam sukan berkenaan.

Bagaimanapun beliau akhirnya sedar bahawa anggapa sedemikan adalah sesuatu yang tidak betul, memandangkan dengan mengikuti kursus berkenaan di Harvard, ia telah memberikan kekuatan dan menjadi asas penting dalam membina keyakinannya sebagai pemimpin terutama sebagai seorang bekas atlet.

"Saya juga bersyukur kerana mendapat biasiswa untuk mengikuti kursus ini, dan ini adalah hasil daripada inisiatif Inovasi Sosial Harvard + Pertukaran Inisiatif (SICI) yang disyorkan oleh @lily_lapenna. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan senegara, seorang wanita luar biasa yang juga rakan saya, @sarahchenglobal yang telah menjadikannya tidak mustahil bagi saya.

"Dia menghubungi saya dan mencadangkan ini kepada saya, dan saya amat berterima kasih kepadanya. Tahniah kepada Julie Battilana yang memberi inspirasi, yang bekerja di @harvardkennedyschool kerana membangunkan kursus ini," katanya melalui akaun rasmi Instagram.

Nicol berkata bahawa beliau berharap ini adalah permulaan kepada banyak pencapaian akademik dalam laluan baharunya, yang ketika ini menguruskan yayasan sendiri, dan ia menjadi peringatan untuk terus percaya pada diri sendiri bagi merealisasikan impian berkenaan.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 41 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 54 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 58 mins ago