Translate

29 November 2024

11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu



11 penumpang bas ditinggal pemandu semasa Ops Bersepadu

Bernama

29/11/2024


Alat untuk penyalahgunaan dadah dipercayai milik pemandu ditemui ketika pemeriksaan dijalankan terhadap bas berkenaan. - Foto BERNAMA


GOPENG: Sebuah bas ekspres yang menuju ke Pulau Pinang ditinggalkan begitu sahaja oleh pemandunya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini malam tadi, ketika pihak berkuasa sedang menjalankan Ops Bersepadu ke atas kenderaan perdagangan di kawasan berkenaan.

Bas ekspress itu membawa kira-kira 11 penumpang dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Sungai Nibong, Pulau Pinang itu semasa ditinggalkan pemandunya.

Difahamkan pihak berkuasa yang menjalankan pemeriksaan terhadap bas berkenaan menjumpai satu alat untuk penyalahgunaan dadah, dipercayai milik pemandu bas itu.







Pengarah Keselamatan Negeri Perak Mohd Zawawi Zakaria dalam sidang media selepas Ops Bersepadu itu berkata pihak berkuasa sedang mencari pemandu bas berkenaan, dan pemeriksaan lanjut terhadap bas itu masih dijalankan.

Operasi tiga jam bermula pukul 9 malam itu dilaksanakan buat julung kalinya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta beberapa agensi lain.

Ia melibatkan 144 anggota pelbagai agensi, antaranya Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), imigresen, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta petugas Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Mohd Zawawi berkata Ops Bersepadu itu bertujuan meningkatkan pemantauan yang memberi fokus kepada kenderaan perdagangan di kawasan berkenaan.

Sebanyak 155 kenderaan diperiksa dalam operasi itu, melibatkan 145 lori, enam van serta empat bas, dan sejumlah 61 saman dikeluarkan terhadap kenderaan perdagangan membabitkan pelbagai kesalahan.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED