Translate

28 November 2024

Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita berhubung isu tunggakan gaji wartawan



Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita berhubung isu tunggakan gaji wartawan

Bernama

27/11/2024


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media, esok. - Gambar fail/BERNAMA



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media, esok.

Beliau yang melahirkan rasa terkilan berhubung isu itu berkata akan memantau perkara itu bersama Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, bagi memastikan kebajikan dan hak pekerja termasuk wartawan terbela.

"Saya bagi peluang terakhir, saya tunggu sampai esok saya nak dengar apa kata Ketua Editor (portal terlibat) tersebut dan saya akan susuli," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi, di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 2 Okt, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) dalam kenyataan memaklumkan bersedia memainkan peranan sebagai perantara dalam isu tunggakan gaji petugas media di portal berita The Malaysian Insight, The Vibes, dan Getaran.

Presidennya Farah Marshita Abdul Patah berkata ia bagi memastikan hak wartawan yang terlibat dipertahankan dan segala tunggakan gaji dilunaskan dengan segera.

Fahmi berkata mana-mana pengamal media yang mengalami kesukaran boleh mendapatkan bantuan menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

"Tabung Kasih@HAWANA bukan hanya pada Hari Wartawan Nasional tetapi ia boleh digunakan pada bila-bila masa untuk membantu wartawan yang menghadapi sebarang kesukaran," katanya.

Mengenai isu kelewatan pembayaran kepada perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM yang tular baru-baru ini, Fahmi berkata perkara itu isu terpencil dan telah diselesaikan secara dalaman.

Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Komunikasi dan RTM akan memastikan nasib kakitangan sambilan atau piecemeal sentiasa terbela.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'SUAMI GIGIT DAHI, TANGAN, BAHU ISTRI | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bapa Zayn Rayyan Hadir Ke Mahkamah Berkerusi Roda ' 7 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam berkaitan' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan lelaki ceroboh kem tentera di Gerik | ' 20 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 21 mins ago
A visitor from Oakland viewed 'Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pekerja sektor kesihatan rugi lebih RM1.2 juta dit' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 24 mins ago