Translate

29 November 2024

Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh



Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh

Astro Awani

29/11/2024


Keadaan ini membangkitkan harapan rakyat Palestin di Gaza untuk perjanjian serupa dengan Hamas, pentadbir wilayah tersebut. - Foto fail/REUTERS


KAHERAH: Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai perubatan.

Serangan itu semakin meningkat di kawasan tengah Gaza, manakala kereta kebal mara lebih jauh ke kawasan utara dan selatan wilayah tersebut.

Tindakan ini berlaku sehari selepas Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, memulakan gencatan senjata di Lubnan.

Keadaan ini membangkitkan harapan rakyat Palestin di Gaza untuk perjanjian serupa dengan Hamas, pentadbir wilayah tersebut.

Kempen ketenteraan Israel bertujuan membasmi pejuang Hamas selepas serangan maut oleh kumpulan itu ke atas Israel Selatan pada 7 Oktober 2023.

Operasi ini telah menyebabkan kemusnahan besar di wilayah yang didiami 2.3 juta penduduk.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, ketika mengumumkan gencatan senjata di Lubnan pada Selasa, berkata beliau akan memperbaharui usaha untuk mencapai perjanjian serupa di Gaza.

Beliau menggesa Israel dan Hamas merebut peluang untuk menamatkan konflik.

Namun, rundingan untuk mencapai gencatan senjata di Gaza hanya mencatat sedikit kemajuan dan kini tertangguh.

Gencatan senjata di Lubnan, yang melibatkan Israel dan Hezbollah, mula berkuat kuasa sebelum subuh pada Rabu, menghentikan konflik yang telah meningkat mendadak dalam beberapa bulan terakhir.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 2 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 7 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 9 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 11 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 14 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya' 30 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di ' 39 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 57 mins ago