Translate

29 November 2024

Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh



Gaza dibom, 26 rakyat Palestin terbunuh

Astro Awani

29/11/2024


Keadaan ini membangkitkan harapan rakyat Palestin di Gaza untuk perjanjian serupa dengan Hamas, pentadbir wilayah tersebut. - Foto fail/REUTERS


KAHERAH: Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai perubatan.

Serangan itu semakin meningkat di kawasan tengah Gaza, manakala kereta kebal mara lebih jauh ke kawasan utara dan selatan wilayah tersebut.

Tindakan ini berlaku sehari selepas Israel dan Hezbollah, yang disokong Iran, memulakan gencatan senjata di Lubnan.

Keadaan ini membangkitkan harapan rakyat Palestin di Gaza untuk perjanjian serupa dengan Hamas, pentadbir wilayah tersebut.

Kempen ketenteraan Israel bertujuan membasmi pejuang Hamas selepas serangan maut oleh kumpulan itu ke atas Israel Selatan pada 7 Oktober 2023.

Operasi ini telah menyebabkan kemusnahan besar di wilayah yang didiami 2.3 juta penduduk.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, ketika mengumumkan gencatan senjata di Lubnan pada Selasa, berkata beliau akan memperbaharui usaha untuk mencapai perjanjian serupa di Gaza.

Beliau menggesa Israel dan Hamas merebut peluang untuk menamatkan konflik.

Namun, rundingan untuk mencapai gencatan senjata di Gaza hanya mencatat sedikit kemajuan dan kini tertangguh.

Gencatan senjata di Lubnan, yang melibatkan Israel dan Hezbollah, mula berkuat kuasa sebelum subuh pada Rabu, menghentikan konflik yang telah meningkat mendadak dalam beberapa bulan terakhir.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'KL Tower temporarily closed starting tomorrow | BE' 4 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Singapore Election 2020- Opposition Wins Record 10' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal Score Historic Win Over Real Madrid as Int' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMANDU TRITON CUBA LOLOS ROADBLOCK DIKEJAR POLIS ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Two MoUs strengthen Malaysia-China cooperation in ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arsenal Score Historic Win Over Real Madrid as Int' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 29 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 30 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Prime Minister Datuk Seri Najib Razak today receiv' 42 mins ago