Translate

27 November 2024

Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK



Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK

Bernama

27/11/2024


Daniel Andreas San Diego dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003. - AP



MOSCOW: Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Pengganas Paling Dikehendaki FBI, ditahan di United Kingdom selepas melarikan diri selama lebih dua dekad, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik jurucakap Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA).

Lelaki itu, Daniel Andreas San Diego, 46, yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kumpulan hak asasi haiwan, dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003. Beliau dimasukkan ke dalam senarai paling dikehendaki pada 2009, dengan ganjaran sebanyak AS$250,000 untuk maklumat mengenai keberadaannya.

"Pegawai dari NCA, dengan sokongan rakan sekerja dari unit polis antipengganas dan Polis Utara Wales, menahan Daniel Andreas San Diego, berusia 46 tahun, di kawasan Conwy, Wales, atas permintaan pihak berkuasa AS," lapor akhbar The Times yang memetik kenyataan jurucakap itu pada Selasa.

San Diego dilaporkan ditangkap pada Isnin di kawasan pedalaman dan telah dibawa ke mahkamah untuk memulakan proses ekstradisi ke AS.

"Penahanan Daniel San Diego selepas lebih 20 tahun sebagai buruan atas dua pengeboman di kawasan San Francisco menunjukkan bahawa tidak kira berapa lama ia mengambil masa, FBI akan tetap mencari dan memastikan anda bertanggungjawab," kata Pengarah FBI Christopher Wray seperti yang dipetik oleh akhbar itu.

Pada Ogos 2023, San Diego menanam dua bom di kampus sebuah syarikat bioteknologi di Emeryville, California. Sebulan kemudian, dia meletupkan bom yang dibalut paku di sebuah syarikat produk pemakanan di Pleasanton. Beberapa minggu selepas itu, waran tangkap dikeluarkan untuknya, tetapi dia sudah melarikan diri.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 3 hrs ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 5 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 6 hrs 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 6 hrs 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 7 hrs 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 29 mins ago