Translate

27 November 2024

Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan



Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan

Bernama

27/11/2024


Hakim menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Syarifuddin Agussalim, 34. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan anak kandungnya dengan menikam mereka menggunakan pisau.

Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Mohd Syarifuddin Agussalim, 34, dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkap pada 28 Julai.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya Nur Zalikha Idam, 33, dan anak lelakinya berusia enam tahun dengan menggunakan dua pisau di belakang bangunan sebuah kedai serbaneka di Hulu Langat di sini, pada 6 petang, 27 Julai.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan ada orang kena tikam di bahagian tangan dan siasatan lanjut mendapati berlaku pergaduhan antara mangsa dan tertuduh, kerana tertuduh tidak mahu bercerai dengan mangsa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairul Iqram Hairuddin memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius, yang mana tertuduh menggunakan pisau untuk mencederakan isteri dan anak kandungnya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman yang ringan.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 19 mins ago
A visitor from New york viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 28 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 28 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ramli Ngah Talib angkat sumpah sebagai Yang Dipert' 29 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Eksekutif didakwa bantu sembunyikan wang lebih RM9' 29 mins ago
A visitor from Rio de janeiro viewed 'Prasarana perkukuh aplikasi MyRapid PULSE baharu, ' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar | BEST FB' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Hamburg viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman ' 2 hrs 37 mins ago