Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Bernama
08/10/2024
Rohaizad berkata golongan itu perlu mematuhi undang-undang cukai walaupun mungkin pendapatan mereka tidak dikenakan cukai kerana tidak melebihi nilai ambang. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.
Ketua Penolong Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wilayah Putrajaya Rohaizad Abd Fandi berkata golongan itu perlu mematuhi undang-undang cukai walaupun mungkin pendapatan mereka tidak dikenakan cukai kerana tidak melebihi nilai ambang.