Translate

29 September 2024

Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah



Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah

Bernama

29/09/2024



Akmal berkata beliau tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu. - Gambar fail

JASIN: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept lepas berhubung kenyataan yang didakwa berbaur keagamaan dan hasutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang tiba sekitar 10 pagi ditemani tiga peguam diketuai Shakeel Saifuzzaman serta lebih 200 penyokong termasuk kalangan ahli dan pemimpin pemuda UMNO Melaka serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi keterangan selama kira-kira 45 minit.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan, Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri berkata kenyataannya itu adalah sebagai reaksi terhadap kenyataan Naib Pengerusi DAP yang juga Ahli Palimen Seputeh Teresa Kok dan tidak menyerang mana-mana pihak.

Akmal juga berkata beliau tidak gentar untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan isu yang membabitkan kepentingan Islam dan orang Melayu.

"Sekali lagi saya tegaskan, malah sudah berkali diingatkan agar perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung jika mahu menjaga keharmonian di negara ini. Saya percaya ini adalah perkara yang bukan sahaja saya, tetapi turut menyakitkan hati semua orang Melayu Islam.

"Jadi saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan saya telah memberi kerjasama dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 4 hrs 58 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 5 hrs 24 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 5 hrs 36 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 7 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 7 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pasangan suami isteri ditahan disyaki dera kanak-k' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 8 hrs 14 mins ago