Translate

27 August 2024

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut



Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Bernama

27/08/2024



di Kompleks Mahkamah Gua Musang bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu 3R ketika berkempen pada PRK Nenggiri. - Foto Bernama

GUA MUSANG: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Ringkasan AI

Pertuduhan Menghasut: Muhyiddin didakwa dengan kesalahan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Peruntukan Undang-Undang: Kesalahan Muhyiddin di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Prosedur Mahkamah: Semasa prosiding, jaminan RM5,000 diberikan dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 4 November.

Muhyiddin, 77, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini, dan didapati telah menyebut perkataan menghasut antara pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.

Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

[TERKINI] Mengeluarkan perkataan menghasut, Muhyiddin mengaku tidak bersalah

Kes dikendalikan enam Timbalan Pendakwa Raya diketuai Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili lima peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Semasa prosiding, Umar Saifuddin mencadangkan jaminan RM20,000 kepada Muhyiddin, namun Amer Hamzah pula memohon supaya kadar ikat jamin dikurangkan dengan mengambil kira kes-kes terdahulu di bawah seksyen sama yang memperuntukkan jumlah denda tidak melebihi RM5,000.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Nov ini untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 9 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 7 hrs 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs ago
A visitor from Hemel hempstead viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A security van set on fire after RM3.3mil cash was' 8 hrs 15 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 8 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 9 hrs 4 mins ago