Translate

25 August 2024

Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka




Remy Ishak, Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka




Melaka: Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, hari ini.


Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T).

Remy, ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lalu.

"Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya


"Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka," katanya.

Sementara itu Ashraf berkata, menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

"Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Tennessee viewed 'Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori b' 33 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 44 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 48 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 53 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 53 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 54 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 55 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 55 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 55 mins ago