Translate

31 August 2024

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR terus komited kesan mangsa



Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR terus komited kesan mangsa

Bernama

31/08/2024



Pasukan SAR sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi meneruskan operasi pencarian mangsa, namun belum ada sebarang pergerakan setakat ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terus komited mengesan mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang operasi pencariannya memasuki hari kesembilan sejak kejadian itu berlaku pada 23 Ogos.

Seramai lebih 115 anggota dan pegawai yang terlibat dalam operasi tersebut membabitkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Angkatan Pertahanan Awam, Indah Water Konsortium, Agensi Nuklear Malaysia serta Jabatan Mineral dan Geosains.

Tinjauan Bernama di lokasi pada 9.30 pagi ini mendapati pasukan SAR sudah berada di lokasi kejadian dan kawasan sekitar bagi meneruskan operasi pencarian mangsa, namun belum ada sebarang pergerakan setakat ini.

DBKL dalam kenyataan semalam memaklumkan operasi SAR pada hari kelapan diteruskan pada sebelah malam.

Difahamkan, pasukan SAR malam tadi yang meneruskan operasi sehingga 4 pagi, menggunakan kamera teleskopik bagi melihat imej lebih jelas terutama di lurang kumbahan dua di kawasan pencarian yang dikesan tersumbat akibat sisa sampah dan backlog.

Kamera tersebut mempunyai gabungan teknologi yang terdapat pada kamera push rod dan crawler yang digunakan sebelum ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan usaha pencarian berkenaan memaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, dijangka membuat sidang media berhubung kejadian terbabit pada 2 petang ini.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Maryland viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 5 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Filipino mum gets 70 years jail for human traffick' 6 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 15 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 19 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 34 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 34 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 36 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Police are searching for 29-year-old P. Devaraajan' 41 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 50 mins ago