Translate

28 August 2024

Bekas peguam dipenjara dua tahun, denda RM15,000 pecah amanah wang milik pelanggan



Bekas peguam dipenjara dua tahun, denda RM15,000 pecah amanah wang milik pelanggan

Bernama

28/08/2024



Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Jasmira Wan Ibrahim selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam dihukum penjara dua tahun dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas lima pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM24,600 milik pelanggannya dari 2010 hingga 2011.

Ringkasan AI

Bekas peguam Wan Jasmira Wan Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan didenda RM15,000 atas lima pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM24,600.

Kesalahan dilakukan antara 2010 hingga 2011, melibatkan wang milik lima individu.

Hukuman penjara berjalan serentak, dan tambahan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Jasmira Wan Ibrahim, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM3,000 bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini," kata hakim itu.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Wan Jasmira yang ketika itu seorang peguam di sebuah syarikat guaman didakwa melakukan pecah amanah wang milik lima individu di sebuah unit pejabat di Off Jalan Gombak, Setapak antara 7 Julai 2010 hingga 26 Ogos 2011.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun hingga maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman manakala tertuduh diwakili peguam Azi Azlin Zulkifli.

Seramai 11 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada Oktober 2023.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Los angeles viewed 'Bulan Sabit Merah Palestin dapatkan semula 14 maya' 8 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di ' 16 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepa' 38 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'President Donald Trump signs an executive order ta' 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Musk gives away two $1 million checks to Wisconsin' 41 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 43 mins ago