Translate

28 August 2024

Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan tidak wujud



Penganggur rugi lebih RM300,000 akibat pelaburan tidak wujud

Bernama

28/08/2024



Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.

KUANTAN: Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dilaporkan tertarik untuk menyertai pelaburan itu setelah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai petugas bank dan menawarkan pelaburan di United Kingdom pada 17 April lepas.

Beliau berkata, mangsa diminta memuat turun satu aplikasi dan juga diberikan latihan dalam talian mengenai cara membuat pelaburan dalam sistem berkenaan.

"Dalam tempoh 18 Jun hingga 10 Ogos, mangsa memasukkan wang sebanyak RM348,500 dengan 10 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberi suspek.

"Mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta wang RM101,000 sekiranya tidak berminat untuk meneruskan pelaburan dan telah membuat laporan di balai polis Kuantan. Sumber kewangan ialah wang simpanan mangsa dan isterinya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. - BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Michigan viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sidang media khas Menteri Kewangan Lim Guan Eng- K' 8 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Philippines Senator Leila De Lima hides out in Sen' 23 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 24 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Brazilian tourist raped by taxi driver in Thailand' 25 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Police are searching for 29-year-old P. Devaraajan' 31 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 39 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 39 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 57 mins ago