Translate

24 August 2024

Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam Lorong TAR



Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam Lorong TAR

Bernama

24/08/2024



DBKL memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari di Lorong TAR, juga ditunda. - Gambar fail/ Bernama

DBKL memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari di Lorong TAR, juga ditunda. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup hari ini susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari (25 Ogos) di Lorong TAR, juga ditunda.

"Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada usaha mencari mangsa yang masih belum ditemukan.

"Langkah ini juga diambil kerana mengambil kira faktor keselamatan para peniaga pasar malam," menurut DBKL dalam kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 5 hrs 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 5 hrs 15 mins ago