Translate

24 August 2024

Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam Lorong TAR



Tanah jerlus Masjid India: DBKL tutup pasar malam Lorong TAR

Bernama

24/08/2024



DBKL memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari di Lorong TAR, juga ditunda. - Gambar fail/ Bernama

DBKL memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari di Lorong TAR, juga ditunda. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Pasar malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup hari ini susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, pagi semalam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya memaklumkan program santai seni yang dijadualkan pada esok hari (25 Ogos) di Lorong TAR, juga ditunda.

"Langkah tersebut diambil bagi memberi laluan kepada usaha mencari mangsa yang masih belum ditemukan.

"Langkah ini juga diambil kerana mengambil kira faktor keselamatan para peniaga pasar malam," menurut DBKL dalam kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 14 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 34 mins ago
A visitor from Frankfurt am main viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 56 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 58 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia sedia jadi peneraju ekonomi digital globa' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan' 2 hrs 24 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Over 200 Flights Cancelled, 18 Airports Temporaril' 2 hrs 42 mins ago