Translate

31 August 2024

Persembahan Chingay buat penampilan sulung dalam perarakan Hari Kebangsaan



Persembahan Chingay buat penampilan sulung dalam perarakan Hari Kebangsaan

Bernama

31/08/2024



Kemunculan seni jalanan yang berasal dari China sekitar dua abad yang lepas itu jelas mencuri tumpuan ramai. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perarakan Chingay membuat penampilan sulungnya pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini hari ini, mempamerkan aksi hebat mengimbangi bendera gergasi sambil berarak, dengan iringan tarian singa dan naga.

Kemunculan seni jalanan yang berasal dari China sekitar dua abad yang lepas itu jelas mencuri tumpuan ramai dengan penampilan aksi bertenaga lagi mempesonakan 23 ahli Chingay dari Persekutuan Tarian Singa dan Naga Malaysia.

Setiausaha Agung Persekutuan Tarian Singa dan Naga Malaysia Ching Xiao Fong berkata pihaknya menganggap peluang untuk mempamerkan persembahan Chingay pada sambutan ini sebagai satu penghormatan besar buat mereka, kerana ia merupakan peristiwa penting dalam sejarah pertunjukan Chingay di Malaysia.

"Kehadiran Chingay biasanya dilihat di Pulau Pinang dan Johor pada Tahun Baharu Cina atau pada persembahan warisan di kuil. Jiwa kami sebagai rakyat Malaysia amat tersentuh apabila diberi peluang untuk turut sama memeriahkan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ini.

"Ramai anggota persatuan kami turut menyuarakan rasa teruja dengan pengalaman pertama mereka menyertai sambutan besar dalam negara. Ia benar-benar melonjakkan semangat mereka," katanya kepada Bernama dalam nada sebak ketika ditemui selepas perarakan.

Sementara itu Ching berkata seni Chingay telah diadaptasi dengan unik untuk masyarakat Malaysia, dan ia diharap dapat terus berkembang dengan penglibatan semua lapisan masyarakat.

"Buat masa ini, ahli kami hanya terdiri daripada masyarakat Cina dan India, khususnya remaja, tetapi kami ingin melihat lebih banyak penyertaan daripada orang ramai," katanya.

Beliau turut melahirkan harapan agar Chingay dijadikan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah pada masa hadapan, seperti tarian singa dan naga.

Dengan tema 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka' Hari Kebangsaan tahun ini menyerlahkan semangat kebersamaan merentas segenap lapisan masyarakat, mencerminkan perpaduan holistik sebuah negara maju dan progresif yang melindungi penduduknya yang pelbagai dan memupuk identiti nasional bersama.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Omsk viewed 'Saya Kecewa Muka Sama Dilantik Semula, Kata Tun Ma' 3 hrs ago