Translate

28 August 2024

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama

28/08/2024



Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3350/3500 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh pada 4.33 berbanding dolar AS hari ini walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) lebih baik daripada jangkaan, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.3350/3500 berbanding dolar AS 4.3460/3500 ketika ditutup pada Selasa.

Pada 10 Februari 2023, ringgit ditutup pada paras tertinggi, 4.3320/3350.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Keyakinan Pengguna AS dilaporkan oleh Lembaga Persidangan meningkat kepada 103.3 mata pada Ogos berbanding anggaran konsensus 100.9 mata.

"Walaupun laporan itu menunjukkan bahawa pengguna AS secara amnya positif mengenai ekonomi, Ketua Ahli Ekonomi Lembaga Persidangan itu mencadangkan supaya pengguna berhati-hati terhadap keadaan pasaran buruh yang seiring dengan peningkatan kadar pengangguran baru-baru ini kepada 4.3 peratus pada bulan Julai ," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.3 peratus kepada 100.552 mata manakala nota Perbendaharaan AS dua tahun jatuh sebanyak empat mata asas kepada 3.90 peratus, menunjukkan bahawa jangkaan penurunan kadar faedah AS kekal.

"Secara keseluruhannya, situasi global sepatutnya positif untuk ringgit memandangkan penurunan kadar faedah AS yang mungkin berlaku akan mengecilkan jurang antara Kadar Dana Fed dan Kadar Dasar Semalaman (OPR)," katanya.

Selain itu, beliau berkata beberapa bank pelaburan global telah menaikkan penarafan negara mereka untuk Malaysia, ia boleh memacu lebih banyak dana asing ke dalam negara seterusnya mewujudkan permintaan untuk mata wang tempatan dengan berkesan.

Penarafan terbaharu terhadap Malaysia adalah daripada Nomura Group, bank pelaburan dan pembrokeran terbesar Jepun, menaik taraf penarafan Malaysia kepada "Overweight" memandangkan asasnya kukuh dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua yang kukuh.

Paras sokongan serta-merta RM4.3000 nampaknya menjadi hala tuju ringgit pada masa ini, katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama dan mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7460/7659 daripada 5.7511/7564 ketika ditutup pada Selasa, naik berbanding euro kepada 4.8452/8620 daripada 4.8532/8576 pada penutupan semalam bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0115/0221 daripada 3.0006/0035 sebelumnya.

Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3308/3428 daripada 3.3331/3364 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 280.4/280.8 sebelum itu.

Unit domestik naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.73 berbanding 7.72/7.73 pada penutupan Selasa tetapi merosot berbanding baht Thailand kepada 12.7699/8235 daripada 12.7523/7712 semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 19 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 35 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bersatu deputy information chief Dato Sri Ali Moha' 1 hr 36 mins ago