Translate

29 August 2024

DBKL batal sambutan Ambang Merdeka 2024




DBKL batal sambutan Ambang Merdeka 2024

Astro Awani

28/08/2024

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi DBKL, pembatalan itu adalah bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. - Gambar fail


KUALA LUMPUR : Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 dibatalkan.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi DBKL, pembatalan itu adalah bagi menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di sebalik pembatalan itu, DBKL turut mengajak semua orang menghayati erti kemerdekaan pada tahun ini dengan penuh semangat patriotisme.

Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat masih meneruskan operasi mencari mangsa di Jalan Masjid India.

Setakat jam 11.30 malam pada Rabu, difahamkan pencarian kini tertumpu di lurang kumbahan di lokasi kejadian dan di hadapan Wisma Yakin.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus dan lurang kumbahan kedua iaitu terletak kira-kira 80 meter.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from George town viewed 'Suspek kes culik remaja 16 tahun maut ditembak di ' 25 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 1 min ago
A visitor from Brvenica viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyuku' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'The ringgit started trading on Wednesday almost fl' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 hrs 48 mins ago