Translate

27 August 2024

Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 dijangka diperkenal



Apple adakan acara khas pada 10 Sept - iPhone 16 dijangka diperkenal

Amanz

27/08/2024



Di samping iPhone 16, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch baharu, selain AirPods 4 pada acara sama. - Foto Amanz/Agensi

Di samping iPhone 16, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch baharu, selain AirPods 4 pada acara sama. - Foto Amanz/Agensi

APPLE hari ini secara rasminya mengumumkan penjadualan sebuah acara khas pada 10 September 2024, pukul 1 pagi, waktu Malaysia.

Apple menggunakan tema 'Its Glowtime' untuk acara khas ini, yang akan disiarkan langsung secara dalam talian.

Apple dijangka memperkenalkan beberapa produk baharu pada acara berkenaan, dan dijangka mencuri perhatian ramai adalah iPhone 16.

Sebanyak 4 model iPhone 16 akan diperkenalkan, dan ia juga dijangka akan menjadi iPhone terawal Apple yang hadir dengan integrasi kecerdasan buatan, atau apa yang dipanggil oleh Apple sebagai Apple Intelligence.

iPhone baharu ini juga dijangka membawa sebuah butang fizikal khusus untuk memudahkan rakaman gambar.

Di samping iPhone 16, pihak Apple turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar Apple Watch baharu, selain AirPods 4 pada acara sama.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan 10 September 2024 ini, untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Apple melalui acara ini. - Amanz

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tiada keterangan saksi ibu bapa abai Zayn Rayyan -' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, kecual' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tunggu hasil siasatan JPP - Ramanan' 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Tanah Runtuh TTDI Dinding Tembok Sebuah Sekolah An' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Ayer itam viewed 'MACC trace RM30' 2 hrs 18 mins ago